suria

Rooney Kekal Kapten England

Wayne Rooney.

GARETH Southgate memberitahu Wayne Rooney bahawa dia akan kekal sebagai kapten England di bawah kendaliannya.

Pengurus sementara itu yang akan mengambil alih tugas Sam Allardyce dalam empat perlawanan akan datang mahu mengekalkan barisan pemain sedia ada.

Southgate akan menamakan skuad pilihannya untuk pertembungan peringkat kelayakan menentang Malta dan Slovenia pada Ahad ini.

Difahamkan Rooney akan kekal sebagai kapten walaupun dia kini bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Pemain berusia 30 tahun itu sekadar memulakan aksi bersama United dari bangku simpanan tetapi ia bukan satu isu besar kerana Southgate sudahpun memberi jaminan dia akan kekal selaku kapten pasukan.

Southgate berkata beliau melihat Rooney mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh dijadikan contoh kepada pemain muda kerana memiliki pengalaman luas dalam perlawanan antarabangsa.

Ujian pertama Southgate akan bermula ketika mengemudi England menentang Malta dalam aksi kelayakan Piala Dunia, 8 Oktober ini.


Wayne Rooney, England

Artikel Sebelum

"Lepaskan Saya Secara Baik" - Vida

Artikel Berikut

Ibrahimovic Lonjak Semangat United

Artikel Lain