suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laluan Percuma Nicol Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mendapat laluan percuma ke separuh akhir selepas lawannya menarik diri di set ketiga pada Kejohanan Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat, Rabu.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mendahului dua set pertama dengan 11-9 dan 11-6 sebelum lawannya Nour El Tayeb menarik diri ketika ketinggalan 0-7 pada set ketiga pada saingan suku akhir.

Pemain Mesir itu, yang menghuni ranking ke-12 dunia, sebelum itu terjatuh beberapa kali berikutan permukaan lantai dikatakan licin dalam gelanggang kaca di Bay Club, San Francisco.

"Ini bukan cara yang paling baik untuk menang dan saya berharap dia tidak mengalami kecederaan," Nicol dipetik sebagai berkata dalam laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) www.psaworldtour.com.

Nicol, yang juga pemain nombor tiga dunia, akan berdepan dengan pemain nombor tujuh dunia, Amanda Sobhy, dari Amerika Syarikat, pada saingan separuh akhir.

Pemain dari Boston itu hanya mengambil masa 24 minit untuk mengalahkan pemain Hong Kong, Joey Chan dengan 11-3, 12-10, 11-2 dalam perlawanan suku akhir pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$150,000 (RM619,957).

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain