suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raikkonen Pandu Jentera Bomba

Kimi Raikkonen.

SENAWANG: Pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen pada Rabu beralih angin dengan memandu jentera bomba dan penyelamat.

'The Ice Man' ini memandu jentera bomba seberat 18 tan di trek khas yang disediakan di sini dengan dibantu pegawai bomba Mohd Uzair Abdullah.

Acara itu diatur oleh Shell V-Power sempena kejohanan Grand Prix Malaysia hujung minggu ini.

"Kereta bomba ini berbeza dengan kereta Ferrari saya. Ia merupakan pengalaman baharu bagi saya," katanya.

Selain memandu kenderaan sepanjang 8.5 meter itu, beliau turut mencuba menggunakan hos air dan membawa tangga bomba.

"Saya tabik kepada pakar bomba seperti Uzair yang tugasnya melindungi kita semua. Saya pelajari bahawa aspek perlindungan dan keselamatan adalah sama penting," tambahnya.

Shell telah mengadakan perkongsian inovasi dengan Scuderia Ferrari sejak 60 tahun lalu. - BERNAMA

Kimi Raikkonen, F1, jentera bomba

Artikel Sebelum

Artikel Lain