Tiga Muka Baharu B-22

KUALA LUMPUR: Tiga muka baharu adalah antara 23 pemain  yang disenaraikan Frank Bernhardt untuk sesi latihan pusat skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan kebangsaan Brunei pada 6 dan 8 Oktober ini.

Tiga pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-22 negara itu adalah dua pemain T-Team iaitu bek tengah, Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri dan pemain sayap kiri, Mohd Zarulizwan Mazlan serta pemain tengah Piala Presiden Kelantan, Muhammad Danial Ashraf Abdullah.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan Bernhardt mengekalkan 20 daripada 30 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad B-22 Bahrain.

Malaysia seri tanpa jaringan menentang pasukan B-22 Bahrain pada 30 Ogos lepas di Stadium Shah Alam, sebelum kalah 1-2 pada aksi kedua di Stadium UiTM, Shah Alam pada 1 September.

Kenyataan tersebut juga memaklumkan Bernhardt turut menyenaraikan lima pemain dalam senarai menunggu sekiranya mana-mana 23 pemain berkenaan disahkan oleh doktor pasukan mengalami kecederaan.

Lima pemain berkenaan adalah dua pemain Sarawak, Nur Shamie Iszuan Amin dan Tommy Mawat Bada; Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Damien Lim Chien Khai (Selangor) dan pemain UiTM FC, Muhammad Zulkhairi Zulkeply.

Kesemua 23 pemain berkenaan perlu melaporkan diri kepada Bernhardt untuk sesi latihan di Wisma FAM pada Ahad ini.


Senarai 23 pelatih:

Penjaga Gol: Muhammad Haziq Nadzli (PDRM), Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Amierul Hakimi Awang (Terengganu)

Pemain Pertahanan: R. Dinesh (Pahang), Muhammad Aqil Irfanuddin Mohd Sabri dan Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), Dominic Tan Jun Jin (Johor Darul Ta'zim II), Muhammad Arif Farhan Md Isa (Kedah), Mohamad Farish Shah Mohd Rosli (Kelantan), Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC), Muhammad Syazwan Zaipol Bahari (Perak).

Pemain Tengah: Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Mohd Zarulizwan Mazlan (T-Team), Muhammad Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (Johor Darul Ta'zim II), Muhammad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Mohd  Amirul Hisyam Awang Kechik (Kedah)

Penyerang: Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (Pulau Pinang), N. Thanabalan (Negeri Sembilan), Muhamad Arif Mohamed Anwar (Kuala Lumpur), Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah).

Frank Bernhardt, B-22, FAM

Artikel Sebelum

Dah Tawar Hati - Vida

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris, Selasa

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain