suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya Sihat" - Safee Sali

Safee Sali.

PETALING JAYA: Penyerang Johor Darul Tazim (JDT) Safee Sali menafikan khabar angin beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pemain berusia 32 tahun itu mengesahkan beliau berada dalam keadaan sihat.

"Ish... ish apa bendalah lagi. Saya tengah sihat ni, alhamdulillah, tak ada siapa yang meninggal. Ikan yang meninggal adalah," katanya menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi laman Twitter rasmi JDT @OfficialJohor.

Terdahulu, berita kematian bekas pemain Selangor itu turut disangkal JDT menerusi laman twitter tersebut dalam satu kenyataan pada pukul 4.23 petang Isnin.

"Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar," demikian menurut kenyataan itu.

Terdahulu, paparan skrin yang mengatakan Safee telah meninggal dunia menjadi viral di media sosial, termasuk disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Safee Sali, JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain