suria

Sepupu Tunang Gareth Bale Lari Ke Malaysia

Epiphany Dring

LONDON: Police Britain percaya, Epiphany Dring iaitu sepupu kepada tunang bintang Real Madrid, Gareth Bale dilaporkan berada di Malaysia selepas wanita itu menjadi buruan sindiket dadah.

Menurut laporan Mail Online, Dring, 27, hilang sejak kali terakhir dilihat kira-kira lima minggu lalu selepas dipercayai melarikan wang berjumlah 300,000 pound (RM1.6 juta), dadah dan sejumlah jam mewah milik kumpulan penjenayah itu.

Ekoran tindakan Dring, kumpulan dadah tersebut bertindak membakar kereta miliki datuk dan makcik tunang Bale, Emma Rhys-Jones di Ireland Utara.

Malah Bale meminta perlindungan polis ketika tinggal di sebuah hotel di Gran Canaria dekat Sepanyol baru-baru ini ekoran bimbang menjadi ancaman kumpulan tersebut.

Dalam perkembangan sama, polis di Wales mendakwa seorang lelaki berusia 22 tahun atas kesalahan jenayah kerosakan dan seorang wanita berusia 54 tahun ditahan kerana disyaki melakukan ancaman untuk membunuh.

Kedua-dua suspek itu dipercayai ada kaitan dengan kes yang berlaku pada keluarga Emma.

Gareth Bale, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain