suria

Abramovich Sedia Labur Wang Beli Pemain Pertahanan

ROMAN Abramovich bersedia untuk melabur wang kepada Antonio Conte bagi mencari pemain pertahanan bagi skuad Chelsea.

Pemilik kelab dari Rusia itu amat bersimpati terhadap Conte yang terpaksa berdepan dengan dua kekalahan berturut-turut berpunca daripada krisis di bahagian pertahanan.

Conte dan pasukan jurulatihnya jelas amat memerlukan tonggak pertahanan baharu menjelang jendela perpindahan pemain memandangkan ianya adalah kelemahan utama The Blues selepas aksi Branislav Ivanovic dan Gary Cahill agak hambar sejak awal musim.




Dengan situasi tersebut, Abramovich bersetuju untuk menyediakan wang bagi memastikan pengurusnya dapat menjalankan tugas dengan adil.

Biarpun dilihat Abramovich dapat menerima alasan kekalahan kelabnya itu, tidak mustahil juga jutawan itu boleh membuat keputusan drastik memecat pengurus kelab pada bila-bila masa berdasarkan rekod sebelum ini.

Dalam pada itu, kecederaan kapten John Terry menambahkan lagi pening Conte di bahagian pertahanan.

Pemain pertahanan itu bakal terlepas perlawanan minggu ini bertemu Hull selepas turut menjadi penonton pada tiga aksi terdahulu gara-gara kecederaan buku lali ketika aksi seri 2-2 bersama Swansea baru-baru ini.

Sejak ketiadaan Terry, Chelsea mencatat dua kekalahan ketika bertemu Liverpool dan terbaharu dimalukan Arsenal dengan 3-0.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain