suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rooney Mula Terima Realiti

WAYNE Rooney dikatakan bersedia untuk menerima realiti bahawa khidmatnya bersama Manchester United tidak akan kekal lama selepas disingkirkan oleh Jose Mourinho dalam perlawanan bertemu Leicester pada Sabtu lalu.

Ketika diletakkan dibangku simpanan dalam perlawanan tersebut, kesebelasan utama United berjaya menghasilkan empat gol pada babak pertama sahaja.

Berikutan itu, ketua pasukan United itu dijangka akan kekal sebagai pemain simpanan ketika skuadnya menentang kelab dari Ukraine, Zorya Luhansk pada awal pagi Jumaat.

Berdasarkan perkembangan berkenaan, Rooney yang berbaki kontrak selama dua tahun dijangka menyertai kelab lain pada akhir musim depan secara percuma.

Namun, Daily Mirror melaporkan Rooney masih menunggu tawaran kontrak baharu dari United meskipun menyedari dia mula disisihkan.

Masa depan Rooney kini terserah kepada perancangan Mourinho memandangkan United memiliki ramai pemain tengah berkualiti.

Manchester United, Wayne Rooeny

Artikel Lain