suria

Bale Minta Perlindungan Polis, Bimbang Diancam Sindiket Dadah

Gareth Bale

MADRID: Bintang Real Madrid, Gareth Bale meminta perlindungan daripada pihak polis selepas keluarga tunanngya, Emma Rhys-Jones menjadi mangsa serangan yang dipercayai dilakukan oleh sindiket dadah di Wales.

Menurut laporan portal Stuff.co, kereta milik datuk dan makcik Emma dibakar manakala rumah seorang lagi makciknya yang tinggal di Flint, utara Wales disimbah petrol.

Laporan tersebut mendakwa insiden berkenaan mempunyai kaitan pertelingkahan dengan sindiket dadah selepas sepupu Emma yang merupakan bekas model, Epiphany Dring dilaporkan melarikan duit tunai sebanyak 300,000 pound (RM1.2 juta), dadah dan koleksi jam tangan bernilai sejuta pound (RM4.16 juta) milik kumpulan penjenayah itu.

Dring dipercayai telah meninggalkan Britain dan gagal dikesan buat masa ini.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota polis yang lengkap bersenjata dikerah berkawal di luar hotel yang dihuni Bale dekat Gran Canaria, Sepanyol ketika bintang Wales tersebut terlibat dalam perlawanan liga.

Sementara itu, akhbar Sun yang memetik kenyataan sumber berkata, tiga anggota polis dilihat berkawal di luar bilik Bales.

Bale dan Emma miliki rumah mewah bernilai dua juta pound (RM8 juta) di Vale of Glamorga dan tunangnya itu bimbang kediaman tersebut mungkin menjadi sasaran kumpulan penjenayah terbabit.

"Sindiket berkenaan mungkin akan menjadikan Bale dan Emma sebagai sasaran kerana mereka memiliki wang sebagai ganti rugi atas perbuatan Dring.

Bapa Dring, Martin, 52, masih menjalani hukuman penjara di Amerika Syarikat kerana terlibat dalam skim penipuan

Gareth Bale, Epiphany Dring, dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rooney Mula Terima Realiti

Artikel Lain