suria

Terbuka Jepun: Soon Huat Kandas

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Goh Soon Huat gagal melepasi pusingan kelayakan apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Riichi Takeshita di kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun.

Soon Huat, 26, tewas 15-21, 17-21 dalam perlawanan yang mengambil masa 46 minit.

Esok, jaguh perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama bakal beraksi menentang pemain Thailand, Boonsak Ponsana di pusingan pertama.

Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang membuat penampilan ketiga dalam kejohanan Siri Super akan menentang H.S Prannoy dari India.

Turut beraksi di Terbuka Jepun adalah beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang juga pilihan kelima, yang akan berdepan gandingan Thailand, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet.

Beregu wanita negara, Vivian Ho-Woon Khei Wei pula akan turun menentang pasangan tuan rumah, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara manakala beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berdepan gandingan Matthew Nottingham-Emily Westwood dari England. - BERNAMA

Terbuka Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain