suria

Ronaldo Mahu Real Madrid Lanjut Kontrak 10 Tahun

Cristiano Ronaldo. Foto AFP

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mahu ditawarkan lanjutan kontrak baharu selama 10 tahun bersama kelab itu.

Ronaldo telah menasihatkan presiden kelab, Florentino Perez berhubung tawaran tersebut selepas beliau menjaringkan satu gol dalam perlawanan La Liga dengan kemenangan 5-2 ke atas Osasuna di Madrid.

Kecederaan lutut pada aksi akhir Euro 2016 awal Julai lalu menyebabkan Ronaldo terlepas semua perlawanan pra-musim Madrid dan dua perlawanan pertama La Liga musim ini.

Bagaimanapun, beliau dengan pantas memperoleh jaringan dalam perlawangan di Bernabeu.

Kontark kapten Portugal bersama Madrid ketika ini sehingga Jun 2018.

Pada masa sama, dilaporkan terdapat rundingan antara ejen Ronaldo iaitu Jorge Mendes dan Perez berhubung lanjutan kontrak Ronaldo.

Menurut bintang bola sepak itu, dia dapat melihat dirinya bermain di Bernabeu sehingga umurnya 40 tahun. - espnfc.com

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain