suria

Claudio Bravo Yang Terbaik Setakat Ini - Guardiola

PEP Guardiola memuji Claudio Bravo selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Manchester United di Old Trafford Sabtu malam.

Guardiola menganggap aksi Bravo adalah terbaik pernah dilihat setakat ini dan turut mengucapkan terima kasih kepada Kelechi Iheanacho dan Kevin de Bruyne yang menjaringkan gol kemenangan City.

Bekas pemain Barcelona itu melakukan kesalahan pada penampilan pertamanya bersama City apabila gagal menangkap bola sepakan percuma dengan kemas.

Malah pemain Chile turut membuat lontaran tidak selamat dan bersaing dengan Wayne Rooney yang boleh menjuruskan dia menerima kad merah.

Namun bagi Guardiola yang pernah mengurus kelab Barcelona dan Bayern Munich memberitahu bahawa dia sangat mengkagumi pemain ini sejak lebih 10 tahun lalu sepanjang berada di Eropah.

"Apa yang Claudio lakukan hari ini adalah satu prestasi sangat menarik yang pernah saya lihat.

"Saya suka melihat penjaga gol turut bermain memberi cabaran di bahagian depan walaupun melakukan kesilapan sehingga bolos, dia tetap teruskan aksi bermain dan itu sangat bermakna bagi saya kerana apabila kamu melakukan kesilapan, itulah reaksi kamu.

"Ia merupakan situasi yang agak malang, kadang-kadang memang berlaku kerana ini adalah bola sepak, tetapi reaksi diri pemain adalah amat penting bagi saya," jelas Guardiola.

Sebelum ini, Guardiola telah menghantar penjaga gol berpengalaman City, Joe Hart ke Torino secara pinjaman bagi memberi peluang kepada Bravo yang dianggapnya mempunyai teknik permainan yang lebih baik.

Menurut Guardiola sebelum ini, dia lebih berminat dengan penjaga gol yang bukan hanya menjaga gawang, tetapi boleh bermain seperti pemain lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain