suria

Ozil Mahu Ikut Jejak Henry Ke MLS

LONDON: Perancang utama Arsenal, Mesut Ozil memberi bayangan dia akan berhijrah ke Amerika syarikat (AS) selepas menyuarakan minatnya terhadap negara itu.

Pendedahan itu dijangka merunsingkan pengendali Arsenal, Arsene Wenger untuk mengekalkan Ozil di Emirates memandangkan pemain Jerman tersebut hanya mempunyai baki kontrak selama dua tahun.

Ozil ketika berkata kepada akhbar tempatan Jerman, Express, dia mungkin mengikut jejak David Beckham, Steven Gerrard dan Thiery Henry yang bermain di Liga Bola Sepak Utama (MLS).

"Dalam dunia bola sepak, anda tidak boleh berkata 'tidak".

"Anda tidak tahu apa yang bakal berlaku. Saya memiliki pengalaman yang baik semasa di Jerman.

"Malah (MLS) mungkin menjadi pilihan kerana saya gembira berada di mana-mana.

"Peminat tahu saya suka meluangkan masa bercuti di Los Angeles kerana bandar itu memberi inspirasi kepada saya," katanya.

Arsenal, Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain