suria

Mourinho Senaraikan Schweinsteiger

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyenaraikan Bastian Schweinsteiger dalam senarai 25 pemain yang akan mengharungi Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Keputusan itu sekali gus memberi peluang kedua kepada Schweinsteiger yang sebelum ini dibenarkan meninggalkan Old Trafford pada hari terakhir jendela perpindahan pemain.

Namun pemain berusia 32 tahun itu enggan berganjak dan memilih untuk kekal bersama The Red Devil walaupun masih belum membuat penampilan di bawah kendalian Mourinho.

Selain Schweinsteiger, pemain muda, Sadiq El-Fitouri yang dibeli dari kelab kerdil Salford City pada Januari tahun lalu atas saranan legenda Manchester United, Gary Neville, Phil Neville, Ryan Giggs, Nicky Butt dan Paul Scholes, turut disenaraikan.

Sadiq kerap diturunkan oleh jurulatih Warren Joyce untuk beraksi bersama pasukan simpanan dan masih belum membuah penampilan bersama skuad senior.

Dua lagi pemain akademi Jesse Lingard dan Sam Johnstone turut disenaraikan memandangkan mereka berdua pernah beraksi pada perlawanan kompetitif di bawah bimbingan Louis Van Gaal pada musim lalu.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wenger Guna Mustafi Pujuk Ozil

Artikel Lain