suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat China Nafi Beli Liverpool

DAKWAAN mengenai sebuah syarikat dari China sedang mengambil alih liverpool telah dinafikan oleh ketua eksekutifnya.

Sebelum ini tersebar khabar angin bahawa syarikat China Everbright Ltd dan firma ekuiti, PCP Capital Partners telah mencapai persetujuan untuk mengambil alih Liverpool dengan nilai sebanyak  £800 juta (RM4.2 bilion).

Bagaimanapun Ketua Eksekutif China Everbright, Chen Shuang berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang perbincangan untuk membeli Liverpool seperti yang didakwa.

"Selepas media mendakwa China Everbright akan membeli Liverpool, saya memanggil pegawai tertentu untuk mengetahui jika mereka berbuat demikian.

"Namun disahkan tiada sebarang perbincangan dibuat dengan Fenway Sports Group seperti yang disebarkan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Liverpool, Tom Werner berkata, kelab itu akan dijual ketika ini.

Bagaimanapun pihak yang berminat dibenarkan membeli saham kelab berkenaan dalam jumlah kecil.


Artikel Sebelum

Wilshere Sertai Bournemouth

Artikel Berikut

Artikel Lain