suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang Bermasalah Liverpool Sertai Nice

Presiden Nice, Jean-Pierre Rivere menyerahkan kontrak kepada Balotelli.

PENYERANG bermasalah, Mario Balotelli melengkapkan perpindahan ke kelab Perancis, Nice selepas disisihkan oleh Liverpool.

Penyerang Itali itu sebelum ini telah diarah untuk berlatih bersama skuad remaja Liverpool oleh Jurgen Klopp kerana tidak berdisiplin.

Dengan penghijrahan itu, Balotelli, 26, bakal memulakan aksi pertama di luar England dan Itali.

Sebelum diumumkan menyertai Nice, Balotelli dilihat menyertai satu jamuan makan malam bersama pemain Liverpool dan ia dikatakan majlis perpisahan untuknya.

Pemain itu menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan sebanyak  £16 juta (RM85 juta) pada 2014 dan dipinjam ke AC Milan pada musim lalu.

Kegagalan Balotelli mengubah sikapnya membuatkan pemain tersebut hanya mampu menjaringkan 1 dalam 20 penampilan.

Berikutan itu, AC Milan menyerahkan semula pemain tersebut sebelum dijual kepada Nice.

Liverpool, Nice

Artikel Sebelum

Syarikat China Nafi Beli Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain