KFA Pertimbang Ganjaran Jika Kedah Juara Piala Malaysia - Sukan | mStar

KFA Pertimbang Ganjaran Jika Kedah Juara Piala Malaysia

Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahmad Bashah Md Hanipah.

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbangkan ganjaran setimpal kepada pemain sekiranya Kedah menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata prestasi ditunjukkan pemain pada masa ini amat baik dan berhak menerima ganjaran sekiranya menjulang piala berprestij itu.

"Saya harap mereka mengekalkan rentak permainan bagi membolehkan pasukan Lang Merah mara ke final, sekali gus menjuarai Piala Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bas KFA di Wisma Darul Aman di sini, Selasa.

KFA menerima tajaan bas bernilai RM1 juta daripada Syarikat Cosmic Ekspres selepas menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjadi naib juara Piala Malaysia musim lepas.

Skuad Kedah kini berada pada kedudukan ketiga Liga Super dan layak ke perlawanan suku akhir Piala Malaysia.

Pasukan itu mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Negeri Sembilan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad lepas.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Aman di sini, pada 17 September ini.

Ahmad Bashah turut meminta penyokong skuad Lang Merah untuk terus memberi sokongan bagi menyemarakkan semangat pemain, sekali gus mempamerkan aksi yang cemerlang.

Sementara itu, beliau berkata bas dua tingkat berkenaan yang turut dilengkapi ruang perbincangan akan memberi keselesaan kepada pemain khususnya ketika bertandang ke gelanggang lawan.

"Syarikat Cosmic juga bersetuju melakukan penyelenggaraan secara percuma selama dua tahun," katanya. - BERNAMA

KFA , ganjaran , Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Tiada Latihan Sepenuh Masa Skuad B-22

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR