suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hart Pilih Terbang Ke Itali Berbanding Sunderland

PENJAGA gol Manchester City, Joe Hart bakal terbang ke Torino selepas mendapat kebenaran daripada bos England bagi melengkapkan perpindahan secara pinjaman musim ini.

Ejen Hart memberitahu kepada Tuttosport bahawa perjanjian sudah selesai, malah City telah pun memberi lampu hijau.

"Joe Hart memberitahu kepada Manchester City bahawa dia ingin menyertai Torino sebagai pemain pinjaman.

"Pihak kelab telah mengadakan perbincangan mengenai perjanjian tersebut dan difahamkan penjaga gol itu begitu yakin ia akan diselesaikan sebelum jendela perpindahah pemain berakhir pada Rabu ini," lapor Telegraph.

Turut dilaporkan bahawa kelab Itali itu hanya membayar suku sahaja daripada gaji yang diterima Hart di City  (140,000 pound seminggu) iaitu lebih kurang 50,000 pound seminggu.

"Hart juga menjadi tarikan di Sunderland tetapi difahamkan dia tidak berminat menyertai kelab yang ada kemungkinan untuk tersingkir".

Sebelum ini, BBC melaporkan bahawa pengurusan England telah memberi pelepasan meninggalkan skuad kebangsaan seketika untuk Hart menjalani ujian kesihatan pada Selasa sebelum perpindahan disahkan secara rasmi.

Karier Hart di City selama 10 tahun berakhir selepas pengurus baharu Pep Guardiola menggugurkannya dan memilih Willy Caballero.

Guardiola mendedahkan bahawa skuadnya memerlukan seorang penjaga gol yang mempunyai kebolehan menghantar bola.

Joe Hart, Torino, Manchester City

Artikel Sebelum

Wenger Mahu Wilshere Pindah

Artikel Berikut

Artikel Lain