suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsene Wenger Buat Pembelian Panik

ARSENE Wenger dijangka mengeluarkan belanja sebanyak £50 juta bagi membuat pembelian panik dengan mendapatkan pemain pertahanan Shkodran Mustafi dan penyerang Lucas Perez.

Bidaan Arsenal terhadap kedua-dua pemain dilapor telah diterima dan kelab itu kini berharap dapat menyelesaikan urusan pemindahan secepat mungkin.

Wenger dilapor bertindak demikian selepas mendapat desakkan penyokong berikutan aksi tidak menentu kelab itu dalam dua perlawanan permulaan Liga Perdana Inggeris.

Mustafi yang merupakan pemain pertahanan Jerman dan bernilai £35 juta telah lama menjadi sasaran Wenger.

Perez yang perlu menebus kontrak bernilai £16.9 dari Deportivo dikatakan turut bertemu wakil Everton selain Arsenal.

Perez, 27, pula kini menuntut kontrak selama empat tahun bagi kelab yang ingin mendapatkan khidmatnya.


Arsenal, Valencia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain