suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerjun Muda Negara Bermula Agak Lewat - Zhuliang

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengasah bakat baru penerjun daripada usia muda seandainya mahu setanding dengan kuasa utama sukan itu, China, kata jurulatih kebangsaan Yang Zhuliang.

Menurutnya, ketika beliau masih bersama skuad kebangsaan China, penerjun muda republik itu sudah beraksi di Kejohanan Dunia pada usia semuda 14 tahun.

"Namun di sini, kita bermula agak lewat. Kebanyakan penerjun menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun, baru dilatih berikutan kemudahan latihan yang terhad," katanya.

Zhuliang berkata jumlah penerjun negara yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro juga masih kecil dan Malaysia pasti memiliki peluang lebih besar seandainya ada kumpulan penerjun yang lebih ramai.

"Kita perlu bermula dari sekarang jika mahukan keputusan yang lebih baik di Sukan Olimpik Tokyo 2020...kita tak mampu berehat," kata jurulatih dari China itu yang kini memegang status penduduk tetap Malaysia.

Beliau berkata di Tokyo nanti, semua negara peserta termasuk Malaysia pasti mahu menewaskan China.

"China telah membuktikan mereka begitu kuat dalam sukan ini. Kita perlu bermula dari sekarang jika mahu menewaskan mereka," katanya.

Zhuliang juga berkata Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) telah memberikan cuti 10 hari kepada penerjun yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Rio.

Namun katanya jurulatih tidak boleh mengambil cuti panjang kerana perlu melatih skuad pelapis. -Bernama

Yang Zhuliang, penerjun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain