MANCHESTER United bakal bertemu kembali bekas penyerang mereka, Robin van Persie selepas diundi berada bersama dalam Kumpulan A saingan Liga Europa musim ini.
Skuad Jose Mourinho itu diundi berdepan dengan kelab Fenerbahce, Feyenoord dan Zorya Luhansk dari Ukraine yang pertama kali layak bersaing di peringkat ini.
Van Persie kembali ke Old Trafford buat kali pertama selepas berpindah ke Turki pada tahun 2015 yang diuruskan oleh bekas pengendali Sunderland, Dick Advocaat.
Sementara itu, United juga akan bertemu bekas pemain terkenal Liverpool, Dirk Kuyt yang kini bersama Feyenoord.
Kuyt terkenal dengan jaringan hatrik kemenangan 3-1 ke atas Manchester United di Anfield ketika di bawah pengurusan Kenny Dalglish dan turut merakam 71 gol keseluruhan sepanjang kariernya bersama The Reds.
Dalam pada itu, satu lagi kelab Inggeris, Southampton dijangka berdepan dengan cabaran sengit apabila diundi berada dalam Kumpulan H bersama Inter Milan, Sparta Prague dan Hapoel Be'er Sheva.
Undian penuh kumpulan Liga Europa:


