suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah V Shem-Wee Kiong: PM

Terdahulu, Najib meraikan kejayaan Datuk Lee Chong Wei melangkah ke final setelah menyingkirkan juara China, Lin Dan pada perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki ketika majlis makan malam sempena sambutan ulangtahun Yayasan Khazanah di sebuah hotel di ibu negara malam Jumaat. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pasangan beregu badminton lelaki negara yang memperoleh pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.

"Goh V Shem - Tan Wee Kiong telah berikan usaha terbaik mereka. Saya bangga dengan pencapaian mereka, pingat perak ketiga #MAS! Tahniah!," katanya dalam catatan di laman Twitter.

V Shem-Wee Kiong tewas kepada beregu China Fu Haifeng-Zhang Nan 21-16, 11-21, 21-23 dalam perlawanan mendebarkan yang berlangsung di Riocentro Pavilion 4 awal pagi Sabtu.

Ini merupakan pingat perak ketiga Malaysia selepas dua pingat yang disumbangkan gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dalam acara terjun 10 meter platform seirama, serta pasangan beregu badminton campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan tahniah kepada V Shem-Wee Kiong.

"Perlawanan sengit. Tahniah beregu badminton negara semangat juang yang tinggi. Sukan satukan hati seluruh rakyat Malaysia," katanya di laman Twitter. - BERNAMA


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain