suria

West Ham Sekadar Seri 1-1 Dengan Asta Giurgiu

Noble meraikan sepakan penalti yang disempurnakannya.

WEST Ham mensia-siakan peluang untuk memenangi perlawanan di Romania apabila membenarkan pasukan tuan rumah Asta Giurgiu mengikat kedudukan 1-1 pada pusingan pertama play off Liga Europa ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

The Hammers mendahului pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mark Noble selepas bola terkena tangan Cristian Sapunaru.

Anak buah Slaven Bilic kelihatan selesa tetapi 90 saat selepas Michail Antonio terlepas peluang untuk menjaringkan gol kedua pasukan, Asta menyamakan kedudukan.

Denis Alibec muncul penyelamat Asta apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83.

Perlawanan pusingan kedua play off akan diadakan di Stadium London, Khamis depan.

Senarai pemain:

ASTRA: Lung, Alves, Fabrico, Seto, Morais, Lovin, Niculae, Sapunaru, Ionita, Vangjeli, Teixeira. 

WEST HAM: Randolph, Valcneia, Obiang, Noble, Tore, Ogbonna, Byram, Calleri, Antonio, Burke, Oxford.

West Ham, Liga Europa, play off

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain