suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fokus Bila Berdepan Dengan Lin Dan - Bapa Chong Wei

Foto: MUSTAFA AHMAD/The Star

GEORGE TOWN: Bapa pemain badminton nombor satu negara, yakin anaknya Datuk Lee Chong Wei, boleh mengalahkan pemain China Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir badminton Sukan Olimpik mJumaat malam, jika dia fokus.

Lee Ah Chai berkata itu juga nasihat beliau sebelum anaknya berangkat ke Rio de Janeiro supaya anaknya bermain seperti biasa, fokus dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling.

"Kamu pasti boleh!", nasihat bapanya yang menegaskan Chong Wei sangat komited untuk melakukan yang terbaik buat negara kerana ini mungkin peluang terakhirnya bertanding di sukan berprestij itu.

Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya, Lin Dan yang menggagalkan misinyauntuk memperoleh emas dalam Sukan Olimpik 2008 dan 2012.

Ah Chai yang juga sangat berpengalaman dalam sukan badminton, berkata perlawanan itu sukar untuk diduga tetapi sekiranya diperhatikan dengan teliti, pukulan Lin Dan adalah lebih perlahan daripada Chong Wei dan Chong Wei perlu mengambil kesempatan atas kelemahan itu.

"Lin Dan dan Chong Wei ialah pemain yang hebat. Kemenangan akan berpihak kepada siapa yang kurang melakukan kesilapan," katanya.

Chai juga yakin sekiranya Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan, peluang  untuknya memperoleh emas di Olimpik Rio sangat cerah.

"Chong Wei bukan anak saya seorang tetapi juga anak Malaysia. Saya berharap rakyat Malaysia akan menyokong beliau dalam perlawanan malam ini,"katanya.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan untuk aksi separuh akhir badminton perseorangan lelaki kira-kira pukul 7.30 malam waktu Malaysia dan bapanya akan menonton perlawanan secara langsung di Langkawi bersama isteri dan rakan-rakan. -Bernama

Lee Chong Wei, Lee Ah Chai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain