suria

KLHC Juara Piala Sumbangsih Kali Ketiga Berturut-Turut

KUALA TERENGGANU: Kuala Lumpur Hockey Club (KLHC) mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih kali ketiga berturut-turut dengan mengalahkan Terengganu Hockey Team (THT) 2-1 dalam perlawanan di Stadium Hoki Batu Buruk, Jumaat.

Jurulatih KLHC, Muhammad Harun Al-Rashid Samri berkata kemenangan tersebut adalah penting bagi pasukan itu untuk meraih tiga mata awal bagi perlawanan untuk musim ini.

"Tiga mata ini adalah penting bagi kami kerana kami tidak boleh kehilangan mata pada musim ini...terutama minggu ini kami akan bertemu Sapura selepas perlawanan ini, kedua-dua pasukan menduduki tangga teratas dalam liga ini.

"Sebelum ini kami tidak pernah menang di Terengganu, kecuali perlawanan jadi ia mengukuhkan kedudukan kami musim ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan lewat petang tadi.

Muhammad Harun juga pada masa sama turut memuji komitmen tinggi yang ditunjukkan pemainnya, yang telah berhempas pulas bagi memastikan mereka memenangi perlawanan tersebut.

"Seperti yang diketahui, kami tidak mempunyai pemain 'special' seperti THT,tapi setiap pemain telah menunjukkan semangat berpasukan yang sangat tinggi dan membawa kemenangan kami hari ini," katanya.

Sementara itu, jurulatih THT, Sarjit Singh berkata beliau merasa sedikit kecewa dengan kekalahan tersebut, apatah lagi ia berlaku di gelanggang sendiri.

"Namun semua ini hanya permulaan, kami mempunyai sembilan lagi bakiperlawanan, dan kami harap para pemain akan bermain dengan lebih cemerlang padamusim ini," katanya.

Dalam perlawanan itu, KLHC mendapatkan mata pertama menerusi gol padang yangdijaringkan Jelte Van Gennip pada minit ke-15 disusuli mata kedua dengan pukulan pemain dari Pakistan, Ali Shan selang seminit berikutnya.

THT kemudiannya berjaya mengutip gol tunggal mereka pada minit ke-26 hasil jaringan Nicolas Enrique.

Bagaimanapun KLHC akhirnya berjaya mempertahankan dua mata tersebutsehingga minit akhir perlawanan dan dinobatkan sebagai juara Piala Sumbangsih untuk musim ini.-Bernama

KLHC

Artikel Sebelum

Artikel Lain