suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diego Costa Selamatkan Chelsea Dalam Perlawanan Pembukaan Liga Perdana Inggeris

Diego Costa meraikan gol yang dihasilkannya dua minit sebelum tamat perlawanan. -fotoAP
CHELSEA harus berdepan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris yang sengit menentang West Ham United.

Bagaimanapun, kelab ini menang dengan skor tipis 2-1, dalam perlawanan di Stamford Bridge, awal pagi Selasa.

Kemenangan ini sangat penting untuk memulihkan semangat dan mental Chelsea bersama pengurus baharu mereka, Antonio Conte.

Babak pertama berjalan seimbang dengan kedua-dua pasukan masih mencari rentak dan cuba memberikan sentuhan terbaik.

Dari segi penguasaan bola, West Ham ia lebih sedikit memihak kepada West Ham tetapi mereka tidak mampu memberikan serangan tajam.

Chelsea pula dilihat seperti masih keliru dengan corak dan falsafah bola sepak yang ingin diimplementasikan. Babak pertama berlalu dengan kedudukan terikat 0-0.

Masuk babak kedua, Chelsea menukar corak permainan pantas.

Cesar Azpilicueta yang melakukan overlap dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Eden Hazard yang mengambil tendangan penalti membawa Chelsea mendahului 1-0 pada minit ke-46.

Chelsea menunjukkan keyakinan dan tampil mendominasi, memaksa West Ham bermain separuh padang.

Pada minit ke-77 West Ham mengikat kedudukan 1-1.

Gol terhasil daripada tendangan sudut dan berlaku sedikit kekeliruan di depan gawang The Blues menyebabkan James Collins berjaya memberi mata penyamaan menerusi tendangan kencang.

Diego Costa membuktikan bahawa dia sangat berguna untuk Chelsea apabila berjaya menyumbat masuk gol kemenangan dua minit sebelum perlawanan berakhir.
Eden Hazard, Diego Costa

Artikel Lain