Bekas Penyerang Aston Villa Mati Ditembak - Sukan | mStar

Bekas Penyerang Aston Villa Mati Ditembak

BEKAS penyerang Aston Villa maut selepas ditembak menggunakan pistol elektrik oleh polis.

Dalian Atkinson, 48, dilapor meninggal dunia selepas 90 minit ditembak menggunakan senjata tersebut di Telford, Shropshire pada Isnin.

Polis Mercia Barat berkata, senjata itu digunakan untuk keselamatan pihaknya.

Bapa Atkinson memberitahu, mangsa dipercayai ingin melawatnya ketika kejadian.

Jiran mangsa pula menjelaskan, Atkinson memandu sebuah Porsche dan sangat dikenali oleh penduduk tempatan.

Mereka juga mendakwa terkejut dengan kematian Atkinson dalam kejadian berkenaan kerana mangsa seorang yang disenangi orang ramai.

Atkinson merupakan penyerang utama Aston Villa dan membantu kelabnya menewaskan Manchester United pada 1994 untuk menjuarai Piala Liga.

Dia juga pernah mewakili Real Sociedad sebelum kembali ke Aston Villa.

Sepanjang kariernya, Atkinson turut pernah bergelar pemain Manchester City dan Fenerbahce.

Manchester United , Aston Villa

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana, Isnin

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia