suria

Defour Kini Milik Burnley

Steven Defour.

BURNLEY membawa masuk pemain tengah Belgium, Steven Defour dari Anderlecht dengan nilai perpindahan sebanyak 7.5 juta pound (RM38.8 juta).

Defour bersetuju untuk menyarung jersi pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selama tiga tahun.

Pemain berusia 28 tahun itu melakukan 46 penampilan untuk Belgium dan pernah menjulang trofi kebangsaan bersama Standard Liege di Belgium.

Defour turut pernah beraksi bersama Porto di Portugal sebelum kembali ke Belgium untuk menyertai Anderlecht dengan bayaran perpindahan sebanyak 4.5 juta pound (RM23.3 juta), dua tahun lalu.

"Saya berharap agar dapat menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu kelab kekal dalam saingan EPL.

"Saya tidak sabar untuk beraksi. Saingan EPL amat menakjubkan dan sesiapa sahaja di seluruh dunia menyaksikan perlawanan ini. Saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripadanya.

"Ia cabaran baharu buat saya tetapi saya menyukainya," kata Defour.

Sementara itu Pengurus Burnley, Sean Dyche menarik nafas lega apabila perpindahan Defour berjaya dimuktamadkan.

"Steven merupakan sasaran kami dan agar sukar untuk mendapatkan khidmatnya. Namun akhirnya dia menjadi milik kami juga.

"Dia merupakan pemain yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa dan juga Liga Juara-Juara," katanya.



Steven Defour, Burnley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain