suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Olimpik: Puig Hadiah Emas Pertama Puerto Rico

Puig menangis kegembiraan selepas berjaya menundukkan Kerber pada aksi final.

RIO DE JANEIRO: Monica Puig menghadiahkan emas pertama Olimpik buat Puerto Rico, awal pagi Ahad apabila berjaya menjinakkan pemain Jerman, Angelique Kerber 6-4, 4-6, 6-1 dalam acara final perseorangan tenis wanita.

Pemain berusia 22 tahun yang menduduki ranking ke-34 dunia itu membuktikan bahawa dia berupaya mengatasi Kerber yang merupakan pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Australia.

Puig ialah wanita pertama daripada negara kepulauan Caribbean menang emas Olimpik.

Sebelum kejayaannya, Puerto Rico pernah menang lapan pingat Olimpik iaitu dua perak dan enam gangsa.

Enam daripadanya datang dari sukan tinju.

Monica Puig, Sukan Olimpik 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain