suria

Danny, Gavin Kongsi Kedudukan Pusingan Ketiga

Danny Chia.

RIO DE JANEIRO: Pemain golf negara Danny Chia dan Gavin Kyle Green gagal meningkatkan permainan mereka di Sukan Olimpik Rio di sini apabila kedua-duanya terikat pada kedudukan ke-51 selepas pusingan ketiga di Padang Golf Olimpik di sini pada Sabtu.

Selepas tiga pusingan, kedua-duanya mencatatkan sejumlah 219 pukulan, 18 pukulan di belakang pendahulu Justin Rose dari Great Britain yang mara ke pusingan akhir pada Ahad yang mendahului dengan kelebihan satu pukulan.

Pada pusingan hari ini (Ahad), Justin melakukan enam di bawah par 65 untuk mengumpul 201 pukulan manakala Henrik melakukan tiga di bawah par 68 dengan jumlah pukulan 202.

Gavin menamatkan pusingan itu dengan satu di atas par 72 manakala Danny melakukan lima di atas par 76. - BERNAMA

Artikel Lain