suria

Messi Buat Pusingan U, Kembali Sarung Jersi Kebangsaan

Lionel Messi
LIONEL Messi mengesahkan hasratnya untuk kembali bersama pasukan kebangsaan Argentina.

Bintang Barcelona itu membuat keputusan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas kekelahan menyayat hati pada perlawanan akhir Copa America 2016.

Setelah bercakap dengan pengurus Argentina yang baharu Edgardo Bauza, Messi kini membuat keputusan untuk mewakili negaranya sekali lagi.

"Saya lihat ada banyak masalah dalam bola sepak Argentina dan saya tidak mahu mewujudkan satu lagi masalah," katanya melalui satu kenyataan, awal pagi Sabtu.

"Saya tidak mahu menyebabkan sebarang kemudaratan, saya sentiasa cuba melakukan sesuatu yang bertentangan dan membantu di mana sahaja yang saya boleh.

"Kita perlu perbaiki banyak perkara dalam bola sepak Argentina, tetapi saya lebih suka melakukannya dari dalam dan tidak mengkritik dari luar."

Kapten pasukan itu mengesahkan bahawa kecintaannya terhadap Argentina telah meyakinkan dirinya untuk kembali dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia akan datang selepas mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan.


"Banyak perkara yang ada dalam kepala dulu dan saya serius berfikir untuk bersara tetapi saya sangat sayangkan negara ini dan jersi kebangsaan," katanya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mahu saya terus bermain dengan Argentina, saya harap tidak lama lagi kami boleh memberikan beberapa kegembiraan buat mereka."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain