suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuasy: Malaysia Tewas Aksi Kumpulan Remaja Dunia

Aksi Eain Yow (kanan) catat kemenangan aksi pembukaan.

KUALA LUMPUR: Skuad negara tewas untuk kali pertama selepas dua perlawanan apabila kalah 1-2 kepada Amerika Syarikat dalam aksi Kumpulan F Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Dunia di Bielsko-Biala, Poland, Sabtu.

Ng Eain Yow yang baru dinobatkan sebagai juara remaja dunia, menyumbang mata pertama negara selepas menang 6-11, 11-6, 11-8, 12-14, 11-8 dalam perlawanan pembukaan, demikian menurut laman web kejohanan www.wsfworldjuniors.org.

Bagaimanapun, Spencer Lovejoy, menyamakan kedudukan untuk Amerika Syarikat selepas menundukkan Ong Sai Hung 7-11, 12-10, 11-6, 11-6 sebelum Samuel Scherl memastikan kemenangan pasukannya dengan mengalahkan Mohd Farez Izwan Mohd Mokhtar 11-6, 11-4, 11-4.

Malaysia yang sebelum ini menundukkan Sepanyol 3-0 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan itu pada Jumaat, akan menentang Afrika Selatan selepas ini manakala Amerika Syarikat pula berdepan Sepanyol.

Mengikut format kejohanan, dua pasukan teratas daripada setiap enam kumpulan akan mara ke pusingan kedua. -Bernama

Skuasy Remaja Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain