suria

Dua Pemain Muda Man United Sertai Sunderland

DUA pemain muda Manchester United dilapor sedang melangkapkan perpindahan ke Sunderland dengan nilai £6 juta.

Sunderland juga dikatakan telah bersetuju dengan yuran perpindahan tersebut dan akan menawarkan kontrak selama empat tahun kepada Paddy McNair dan Donald Love.

Berikutan itu The Black Cats percaya kehadiran dua pemain pertahanan berkenaan mampu membantu kelab tersebut merealisasikan hasrat mereka.

McNair yang merupakan pemain kelahiran Ireland Utara pernah beraksi untuk United sebanyak 16 kali bagi Liga Perdana Inggeris musim 2014-15 dan lapan kali pada musim lalu.

Manakala Love, 21, juga pernah membuat penampilan di liga utama ketika dipinjamkan ke Wigan pada musim lalu.

Sunderland, Manchester United

Artikel Sebelum

Jese Rodriguez Sertai PSG

Artikel Berikut

Artikel Lain