suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Real Madrid Serbu Sidang Media Rai Kemenangan Super Cup UEFA

-fotoAP
BUKAN satu, tetapi dua gol pada minit-minit terakhir telah berjaya membantu Real Madrid menambah satu lagi koleksi trofi mereka apabila pasukan ini berjaya menewaskan Sevilla 3-2 dalam perlawanan Super Cup UEFA, awal pagi Rabu.

Tetapi jurulatih bagi Zinedine Zidane, dia mungkin kehilangan kata-kata selepas pemain-pemainnya meraikan kemenangan itu dengan menyerbu masuk ke tempat di mana sidang media sedang diadakan.



Sergio Ramos meledakkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-90 dan Dani Carvajal menjadi wira apabila menyumbat masuk gol kemenangan Real pada minit ke-119.

Tidak dapat membendung kegembiraan, skuad Real menyerbu sidang media di mana Zidane sedang bercakap dengan pihak media mengenai perlawanan itu.

Pengurus dari Perancis itu hanya mampu tersenyum apabila sebahagian skuad bimbingannya itu masuk sambil menyanyikan lagu 'Campeones' di belakangnya.

Tetapi, dalam kegembiraan menyambut kemenangan itu, Zidane sempat melihat pakaiannya yang basah lencun akibat disiram dengan air minuman.

Artikel Lain