suria

Mourinho Beri Isyarat Perjanjian Pogba Hampir Dimuktamad

Paul Pogba.

JOSE Mourinho mahu perpindahan rekod dunia bagi pemain Paul Pogba bernilai £100 juta diumumkan bagi permulaan musim Liga Perdana Inggeris yang baharu.

Perkara itu dibuat selepas beliau mengesahkan bahawa Manchester United akan memeterai satu lagi perjanjian pada musim panas ini.

Manchester United bersetuju dengan terma-terma bersama Juventus bagi mendapatkan semula bekas pemain kelab itu.

Perjanjian berkenaan dijangka dimeterai sebaik sahaja Pogba kembali pulang daripada percutiannya di Amerika Syarikat (AS).

Mourinho mahu mendapatkan pemain kelahiran Perancis itu sebelum pasukannya memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di Bournemouth tidak lama lagi.

"Kita akan menandatangi untuk mendapatkan seorang lagi pemain, itu yang pasti," kata pengurus Manchester United itu. 

"Saya tidak mahu bercakap mengenai Paul kerana dia adalah pemain Juventus,

"Tetapi realitinya adalah kita akan menandatangi untuk seorang lagi pemain.

"Seperti yang anda ketahui, pasaran (perpindahan) akan berakhir pada 31 Ogos ini, maka kita masih mempunyai masa untuk berbuat demikian, tetapi pastinya saya mahu melakukannya sebelum musim baharu bermula," ujar Mourinho. - Mail Online

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain