suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba Terbang Ke Eropah Untuk Muktamadkan Perpindahan Ke Old Trafford

Pogba memuatnaik gambar dia berada di dalam pesawat di Instagram miliknya.

PAUL Pogba dijangka berada di England minggu ini bagi memuktamadkan perpindahannya ke Old Trafford.

Pemain berusia 23 tahun itu memuatnaik gambarnya berada di dalam kapal terbang untuk kembali ke Eropah di laman Instagram miliknya.

Pogba dilaporkan bercuti di Las Vegas tetapi bersedia untuk kembali beraksi bersama Red Devils selepas cuti rehat musim panas.

Gambar terbaharu itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa perpindahan itu akan menjadikan Pogba sebagai pemain termahal di dunia.

Perpindahannya dijangka bernilai 112 juta pound.

Penyokong United sering memantau aktiviti Pogba menerusi laman media sosialnya kerana tidak mahu terlepas perkembangan terbaharu mengenai perpindahannya ke Old Trafford.



Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain