suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicol Singkir Omenya, Mara Ke Final Aksi Jemputan SRAM

Nicol menewaskan Omenya Abdul Kawy pada saingan separuh akhir Pertandingan Squasy Wanita Jemputan SRAM, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka ratu squasy Malaysia, Datuk Nicol David mara ke peringkat akhir Pertandingan Squasy Wanita Jemputan Persatuan Raket Squasy (SRAM) 2016 di Pusat Squasy Kebangsaan, Bukit Jalil. 

Di pertandingan separuh akhir pada Sabtu, Nicol mengambil masa hanya 24 minit menumpaskan Omenya Abdul Kawy, Mesir 11-4, 11-4, 11-6.  

"Saya menunggu-nunggu untuk pertandingan peringkat akhir esok, dan saya cukup gembira dengan prestasi saya sekarang," katanya. 

Nicol kini di ranking ke-4, akan bermain menentang Joshna Chinappa, India,yang bertungkus lumus untuk mengalahkan Joelle King, New Zealand 8-11, 5-11,11-8, 11-4, 11-9 dalam 56 minit pada satu lagi perlawanan separuh akhir.  -Bernama

Nicol David, Jemputan SRAM

Artikel Sebelum

Artikel Lain