suria

Mourinho Arah Pemain Ke Padang Latihan Sejurus Tiba Dari China

JOSE Mourinho enggan membazir masa Manchester United selepas perlawanan persahabatan pramusim di China dibatalkan apabila memberi arahan untuk pemain kembali menjalani latihan serta-merta.

Jurulatih kelahiran Portugal itu dilapor telah meminta pemain berada di padang latihan pada pukul 6.30 pagi Selasa selepas menempuh 11 jam perjalanan dari China.

Penerbangan yang membawa skuad United tiba pada pukul 4.30 pagi Selasa dan mereka diberi masa yang singkat untuk kembali ke kompleks latihan.

Pemain United sebelum itu diberi masa sehingga Rabu untuk berehat namun telah dipanggil menjalani latihan selama dua jam.

Mourinho menukar jadual latihan apabila perlawanan menentang Manchester City dibatalkan kerana faktor cuaca di China.

Kehadiran pemain dalam sesi latihan tersebut turut dipuji Mourinho yang menyifatkan mereka pemain bola sepak terbaik.

Skuad berkenaan kini hanya mempunyai 12 hari untuk membuat persediaan bagi merebut Perisai Komuniti dengan menentang juara Liga Perdana Inggeris, Leicester.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain