suria

Undian Sukan Olimpik: Chong Wei Mudah Ke Separuh Akhir

Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, harapan terbaik Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik, boleh menarik nafas lega apabila undian acara badminton Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil sedikit berpihak kepada beliau.

Dalam undian yang dibuat pukul 11 pagi waktu Brazil, Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia, diletakkan sebagai pilihan utama diikuti dua musuh tradisinya Chen Long dan Lin Dan dari China yang masing-masing diletakkan sebagai pilihan kedua dan ketiga.

Pemain berusia 33 tahun itu dilihat mempunyai laluan mudah untuk ke separuh akhir apabila diundi dalam kumpulan A bersama pemain di ranking bawah dari Singapura, Derek Wong dan Soren Opti dari Suriname.

Beliau diberikan bye pada pusingan kedua sebelum ke suku akhir untuk berdepan sama ada pilihan keenam dari Taiwan Chou Tien Chen atau Hu Yun dari Hong Kong yang merupakan pilihan ke-10.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu bakal  berdepan juara bertahan Lin Dan di separuh akhir.

Lin Dan diundi dalam kumpulan E bersama Vladimir Malkov dari Rusia, Nguyen Tien Minh dari Vietnam dan David Obernosterer dari Austria. - Bernama

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain