suria

Pertemuan Pogba-Raiola Hangatkan Rundingan Man United

Gambar percutian Poga (kanan) bersama ejenya, Raiola yang dimuat naik di akaun Instagram pemain itu pada Isnin.

PAUL Pogba dikatakan semakin hampir dengan perpindahannya ke Manchester United menerusi perjanjian £110 juta (RM588.75 juta).

Pemain tengah Perancis itu dilihat menikmati percutian di Miami bersama ejennya, Mino Raiola.

Pogba terus membuatkan semua pihak berteka-teki selepas memuat naik gambar percutian di akaun Instagramnya dengan kapsyen yang samar-samar yang mungkin dikaitkan dengan masa depannya.

Juventus hanya mahu melepaskan pemain yang berhijrah dari Manchester United pada 2012 dengan tawaran £110 juta. 

Kelab Itali itu terus bertegas dengan tawaran berkenaan dan sama sekali tidak akan mengubah pendirian mereka. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain