suria

Dollah Kecewa Keputusan Kad Merah Pengadil

Dollah Salleh.

KANGAR: Biarpun berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT), 1-0, Perlis nyata kecewa dengan mutu pengadilan pada aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, petang Isnin.

Pengendali Skuad Singa Utara, Dollah Salleh mendakwa tindakan pengadil, Mohd Nazmi Nasaruddin melayangkan kad merah kepada pemain import Perlis, Mohamadou Sumareh selepas menjatuhkan pemain JDT, Muhd Shahrul Mohd Adnan pada minit ke-82 adalah tidak wajar sama sekali.

Kata Dollah, Mohd Nazmi sepatutnya memberi amaran keras atau kad kuning pertama kerana itu merupakan kesalahan pertama Mohamadou.

"Saya kecewa dan tak faham dengan keputusannya melayangkan kad merah kepada Sumareh (Mohamadou). Dari pengamatan saya, tindakan beliau memang keterlaluan kerana Sumareh tidak bersikap melampaui batas," katanya.

Meskipun kecewa dengan keputusan kontroversi itu, Dollah tetap memuji aksi anak buahnya yang memberi komitmen jitu pada perlawanan menentang pelawat.

Dollah berkata, Mohamadou terpaksa direhatkan dua perlawanan namun masih belum memikirkan siapa yang bakal mengisi kekosongan penyerang berkenaan kerana ingin menumpukan persediaan perlawanan seterusnya. 

Perlis bakal bertemu Melaka untuk perlawanan seterusnya di Stadium Hang Jebat pada Selasa depan. - Bernama

Dollah Salleh

Artikel Sebelum

Kane Bakal Timang Cahaya Mata

Artikel Berikut

Artikel Lain