suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawatan Pengurus, England Temuramah Bruce

Steve Bruce.

STEVE Bruce menjadi individu kedua ditemuramah Persatuan Bola Sepak England (FA) untuk jawatan pengurus baharu pasukan itu.

Pengurus Hull City berusia 55 tahun itu mengadakan perbincangan secara formal mengenai peluang untuk memimpin skuad The Three Lions.

Difahamkan terdapat kemungkinan beliau akan bergandingan sama ada dengan Alan Shearer atau Rio Ferdinand yang mempunyai reputasi kukuh di pentas antarabangsa.

Bruce bekas kapten Manchester United dikatakan amat berminat dengan jawatan itu.

Hull City pula menyedari minat dari FA yang cuba mengelak timbul masalah disebabkan temubual pertama mereka dengan Pengurus Sunderland, Sam Allardyce.

Kelab itu menegaskan usaha FA untuk mendapatkan khidmat Bruce tidak melemahkan keyakinan semangat Hull kembali beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris.

Namun tidak diketahui sama ada ketiga-tiga individu dalam FA, Naib Pengerusi David Gill, Ketua Teknikal Dan Ashworth dan Ketua Eksekutif Martin Glenn yang ditugaskan mencari pengganti Roy Hodgson hadir dalam temubual tersebut.

Salah seorang daripadanya dilaporkan berada di luar negara.

Ketiga-tiga individu kuat FA itu menemu bual Allardyce yang masih menjadi calon pilihan mengisi kerusi panas tersebut.

Selepas Sportsmail mendedahkan temubual berlaku pada minggu lalu, Sunderland mengeluarkan rasa kesal dan menggesa FA supaya membuat keputusan awal terhadap Allardyce.


Steve Bruce, England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain