suria

Louis Van Gaal Calon Jurulatih Belgium

PERSATUAN Bola Sepak Belgium (KBVB) sedang mempertimbang untuk melantik seorang jurulatih berpengalaman di peringkat antarabangsa bagi menggantikan Marc Wilmots yang merupakan pengendali skuad kebangsaan negara tersebut.

Setakat ini, bekas jurulatih Manchester United, Louis Van Gaal antara yang dikaitkan dengan jawatan tersebut, lapor Daily Mail.

Skuad yang menduduki rangking kedua dunia itu memulakan pencarian jurulatih selepas Wilmots dipecat kerana gagal dalam saingan Euro 2016.

Pengarah Teknikal KBVB,  Chris van Puyvelde berkata, pihaknya mencari jurulatih yang mempunyai potensi besar di peringkat antarabangsa kerana akan melatih generasi istimewa negara berkenaan.

"Pelantikan jurulatih ini adalah proses terbuka. Saya jangka emel akan dipenuhi oleh permohonan. Kita akan proses semuanya.

"Kami mahukan calon berpengalaman yang telah mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Dia perlu mengamalkan permainan bola sepak moden.

"Kami mempunyai generasi istimewa dan dia akan diberikan kuasa untuk membuat penentuan," katanya.



Belgium

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain