suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rundingan Rekod Dunia £105 Juta Untuk Pogba Hampir Selesai

Paul Pogba
MANCHESTER United kini berada di ambang persetujuan untuk membayar £105 juta rekod dunia bagi mendapatkan khidmat pemain Paul Pogba.

Rundingan dengan kelab Juventus dan ejen Pogba, Mino Raiola, dijangka siap hujung minggu ini, dedah SunSport.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu akan menandatangani lima tahun perjanjian bernilai £202 ribu seminggu apabila dia menamatkan percutiannya di Amerika Syarikat.

Raiola telah menghabiskan beberapa hari lalu untuk berunding dengan pengurus United, Jose Mourinho berhubung terma-terma peribadi untuk mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu.

Sekiranya dipersetujui, ia bukan sahaja akan melengkapkan perpindahan Pogba, tetapi juga akan mengatasi rekod pemain termahal sebelum ini iaitu £86 juta yang dibayar Real Madrid untuk mendapatkan Gareth Bale pada tahun 2013.

Pogba dikatakan boleh terbang ke Manchester paling awal Selasa ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Paul Pogba, pemain termahal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain