suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Valdes Sertai Middlesbrough

Valdes menyertai Middlesbrough selama dua tahun.

BEKAS penjaga gol Barcelona dan Manchester United, Victor Valdes menyertai kelab yang kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Middlesbrough selama dua tahun.

Penjaga gol kelahiran Sepanyol itu menyertai United pada Januari 2015 tetapi dipinjamkan kepada Standard Liege pada musim lalu.

Valdes tidak begitu digemari bekas pengurus United, Louis van Gaal yang mendakwa penjaga gol itu enggan diletakkan di bangku simpanan.

Namun, dia kembali beraksi di England mewakili Middlesbrough yang menamatkan aksi kejuaraan pada musim lalu di tangga kedua.

"Anda tidak boleh bayangkan bagaimana terujanya saya kerana ia agak luar biasa untuk membawa masuk penjaga gol sepertinya ke kelab baharu dipromosikan dalam saingan EPL.

"Saya amat berbangga kerana dia begitu komited. Dalam perbualan kami dia tahu mengapa dia berada di sini.

"Dia tahu bagaimana kuatnya pasukan ini. Ia satu penghormatan kepada kami kerana berjaya membawa masuk dia ke dalam pasukan," kata Pengurus Middlesbrough, Aitor Karanka.

Victor Valdes, Middlesbrough

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain