Wimbledon: Djokovic Pulang Awal, Tewas Kepada Querrey - Sukan | mStar

Wimbledon: Djokovic Pulang Awal, Tewas Kepada Querrey

Novak Djokovic.

LONDON: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic tersingkir daripada kejohanan Wimbledon selepas tewas di tangan Sam Querrey pada pusingan ketiga, awal pagi Ahad.

Djokovic tewas 6-7 4-6 6-3 3-6 kepada Querrey.

Kekalahan penyandang dua kali itu turut menamatkan impiannya untuk bergelar pemain pertama melengkapkan kalendar Grand Slam dalam tempoh 47 tahun.

Ia merupakan kekalahan terawal buat pemain kelahiran Serbia yang memiliki tiga kemenangan di Wimbledon itu sejak Terbuka Perancis pada 2009.

Malah kekalahan pilihan utama itu turut mengakhiri rekodnya yang melakukan 30 kemenangan berturut-turut dalam era terbuka pada kejohanan Grand Slam.

"Querrey mempamerkan persembahan menakjubkan. Permainannya amat luar biasa dan saya dikuasai sepenuhnya oleh dia pada hari ini," kata Djokovic.

Bagi Querrey yang terkenal dengan pukulan servis kencang, ia adalah kemenangan keduanya ke atas Djokovic dalam 10 pertembungan sebelum ini.

Pemain ranking 41 dunia itu jelas menggunakan kelebihan servisnya ke atas Djokovic dengan melakukan 31 pukulan ace, 15 di set keempat dan menyelamatkan 14 daripada 17 mata break.

Querrey akan bertemu pemain Perancis, Nicolas Mahut pada aksi kelompok 16 terakhir.

"Kemenangan ini menakjubkan, terutama untuk melakukannya di sini di Wimbledon," kata Querrey.
Novak Djokovic , Wimbledon

Artikel Sebelum

Balotelli Kembali Ke Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin