suria

"Jangan Takut Untuk Ada Impian" - Pengurus Wales

Pemain dan penyokong pasukan Wales meraikan kejayaan apabila buat pertama kali mara ke separuh akhir dalam kejohanan Piala Eropah.
PENGURUS Chris Coleman melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meletak Wales dalam empat kelompok terbaik selepas menyingkirkan pilihan Belgium 3-1 pada aksi suku akhir Euro 2016 di Lille  awal pagi Sabtu.

Radja Nainggolan membuka jaringan awal untuk Belgium, namun dua gol hasil tandukan  dari Ashley Williams dan Hal Robson-Kanu memberi semangat luar biasa untuk Wales menambah gol ketiga menerusi Sam Vokes.

Kemenangan tiga gol berbalas satu itu sudah lebih daripada cukup untuk membawa Wales mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam aksi
Kejohanan utama dunia.

Wales tidak layak bersaing dalam kejohanan akhir utama sejak Piala Dunia 1958, namun kemenangan ini telah menjadi saksi untuk sejarah sukan bola Britain. 

"Jangan takut untuk 'bermimpi'. Kerana empat tahun lalu saya sangat jauh dari tempat sekarang dan dari situ kamu boleh lihat apa yang terjadi sekarang.

"Jika kamu kerja kuat dan tidak takut untuk  bermimpi , tidak takut untuk gagal (kerana semua orang gagal) , saya sendiri lebih banyak gagal berbanding kejayaan, tetapi saya tidak takut dengan kegagalan.

"Saya memberitahu perkara itu sebelum kami mula sepak. Kami berada di sini bukan untuk bergembira, kami ke sini untuk bersaing.

"Kami tahu seperti ada sesuatu yang ditawarkan. Pasukan mempunyai pemain-pemain yang bagus dan mereka cepat bertindak untuk mencapai apa yang dimahukan dan ianya satu pentanda yang baik," jelas Coleman. 

Wales bakal berdepan dengan Portugal pada aksi separuh akhir selepas ini sekaligus menyaksikan dua penyerang Real Madrid, Gareth Bale-Cristiano Ronaldo    dalam merebut tempat ke aksi akhir.


Senarai pemain:

Wales (3-4-2-1): Hennessey, Chester, A Williams, Davies, Gunter, Allen , Ledley (King 78 mins), Taylor, Bale, Ramsey (Collins 90); Robson-Kanu (Vokes 80) 

Pemain simpanan: Fon Williams, George Williams, Edwards, Richards, Cotterill, Jonathan Williams, Vaughan, Church, Ward

Pengurus: Chris Coleman 

Belgium (4-2-3-1): Courtois; Meunier , Alderweireld, Denayer, J Lukaku (Mertens), Nainggolan, Witsel, Carrasco (Fellaini) De Bruyne,  Hazard, R Lukaku 

Pengurus: Marc Wilmots 

Simpanan: Mignolet, Origi,Kabasele, Dembele, Benteke, Ciman, Gillet

Pengadil:Damir Skomina (Slovenia) 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain