suria

Puel Dilantik Pengurus Baharu Southampton

BEKAS jurulatih Nice, Claude Puel dilantik sebagai pengurus baharu Southampton dengan kontrak selama tiga tahun.

Puel berusia 54 tahun menggantikan Ronald Koeman.

Sebelum ini, pengurus berusia 54 tahun itu merupakan bekas pengurus kelab Monaco, Lille dan Olympique Lyon dengan rekod cemerlang tersendiri apabila layak ke aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2010.

"Ia keputusan yang mudah dibuat kerana faktor kelab dan pemain-pemain," jelas Puel.

Sementara itu, bekas pengurus sementara Aston Villa, Eric Black dilantik menjadi pembantu Puel bersama Pascal Plancque sebegai penolong jurulatih.

Southampton yang layak ke Liga Europa mengalu-alukan kedatangan Puel yang mempunyai rekod baik terutama dalam program pembangunan pasukan remaja yang menjadi kunci utama kejayaan kelab ini.

"Program pembangunan remaja di akademi yang menjadi sumber kepada pasukan utama merupakan asas utama kelab ini," jelas Pengarah Eksekutif kelab, Les Reed.

"Ketika proses pemilihan untuk mencari pengurus, Claude merupakan yang terbaik dalam senarai pencalonan. Kami bukan sahaja mendapat pengurus yang terbaik, malah mempunyai barisan pembantu yang sempurna untuk menyokongnya.

Selain itu, Southampton telah menjual pemain utamanya, Saido Mane yang berpindah ke Liverpool dan pemain tengah Victor Wanyama ke Tottenham.

Koeman meninggalkan Southampton bagi menguruskan kelab Everton bermula bulan ini.

Claude Puel, Southampton, Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain