suria

Chelsea Akan Bida Radja Nainggolan Kali Ketiga

CHELSEA akan membuat bidaan untuk kali ketiga bagi mendapatkan Radja Nainggolan dari Roma pada minggu ini, lapor Daily Mirror.

Roma sebelum ini telah menolak bidaan Chelsea sebanyak dua kali dan berikutan itu The Bules akan membuat bidaan bernilai £31 juta untuk kali ketiga.

Chelsea kini sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan menandatangani kontrak.

Bakal jurulatih Chelsea, Antonio Conte dilapor mahukan khidmat Nainggolan untuk digandingkan dengan pemain tengah Leicester, N'golo Kante pada musim depan.

Kante, 25, akan menjadi pembelian kedua Chelsea dengan penebusan kontrak bernilai £20 juta.

Pengendali Roma, Luciano Spalletti berkata, Nainggolan pada minggu lalu telah memberitahu kelab berkenaan bahawa dia ingin kekal dan meneruskan kariernya di Itali.

Roma juga dikatakan sedia memberikan Nainggolan tawaran baru untuk memastikan pemain Belgium berkenaan tidak berhijrah.

Bagaimanapun pemain tersebut pula tidak memberikan sebarang jawapan untuk melanjutkan kontraknya di Roma.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Euro 2016

Artikel Lain