suria

Kalahkan Man United Kenangan Manis Granit Xhaka

GRANIT Xhaka belum lagi membuat penampilan pertama bersama Arsenal selepas melengkapkan pemindahan bernilai £30 juta pada bulan lalu.

Namun bekas pemain Borussia Monchengladbach itu mula menyuarakan kegembiraan untuk beraksi bersama Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Switzerland itu berkata, menewaskan Manchester United merupakan kenangan manis dalam hidupnya setakat ini.

Xhaka sebelum ini pernah membantu Basel menewaskan United 2-1 dan pemain itu kini sedia mengulanginya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Saya rasa kenangan manis ialah ketika Basel menentang Manchester United.

"Kami bermain di Manchester seri 3-3, kemudian kami bermain di tempat sendiri dan menang 2-1. Kami keluarkan mereka daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah," katanya kepada pemain Arsenal.

Arsenal

Artikel Lain